Pages

Friday, October 29, 2010

buah rotan

 BUAH ROTAN
bahan2;
500g tepung pulut
3 sudu besar tepung beras
Santan
1 biji telur
1/2 cawan gula
bijan
minyak untuk mengoreng

cara;
1.campurkan tepung pulut + tepung beras +gula dan telur gaul rata
2.masukkan santan sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yng lembut
3.Ambil sedikit dan bulatkan kemudian digaul dengan bijan..buatlah sampai habis barulah digoreng
4.Panaskan minyak dan goreng sampai masak kekunin

p/s;**Kalau mahu ranggup pastikan buat kecil-kecil dan selepas digaul dengan bijan,biarkan selama 2-3 jam barulah digoreng untuk mengelakan daripada meletup –letup semasa menggoreng

Friday, October 22, 2010

conflakes


Conflakes madu

Bahan-bahan
500gm cornflakes
250gm butter
1/2 cawan gula
8 sudu makan madu
manik warna warni untuk hiasan
Buah-buahan campuran

Cara2;
1.Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2.masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu gaul rata
3.masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins

Monday, August 23, 2010

tat kurma


TAT KURMA
Bahan2;
3 cawan tepung gandum }ayak
1 cawan tepung jagung }ayak
1 Ketul buttercup
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 Biji kuning telur (untuk disapu)
sedikit perasa pandan
sedikit pewarna hijau
Kurma yang telah dijadikan jem (saya beli yang dah siap)

Caranya;
1.Pukul gula dan butter sampai lembut dan masukan telur kacau sebati
2.masukan colour,pewarna dan tepung sedikit sedikit dan uli hingga jadi doh yang lembut
3.Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan, kemudian letakkan jem kurma di atasnya dan gulung.
4.Sapukan kuning telur diatasnya untuk nampak lebih berseri
5.Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit

Sunday, August 22, 2010

blue tako


bLUE TAKO
Bahan A
4 cwn air
1 cwn gula
1 bungkus tepung Hoen Kwe (hijau)

Bahan B
4 cwn santan (1 biji kelapa)
4 sb tepung jagung
1st garam
sengkuang/jagung

Cara2:
1.Campurkan semua bahan A dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga adunan menjadi pekat dan berkilat...tutup api.
2.Tuang adunan dlm bekas....jangan sampai penuh, kira-kira 3/4 drpd bekas.
3.Lakukan perkara yg sama utk membuat bahan B...kemudian tuang di atas lapisan hijau.
4.letaklah jagung di tengah @ ape2 yang anda suka dan masuk dlm fridge.

Sunday, August 15, 2010

kuih keria


keria keledek

Bahan2;
Keledek
Tepung gandum
Marjerin
Gula
Air
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya;
1.rebus keledek hingga empuk, toskan airnya dan biarkan seketika(jangan terlalu sejuk)
2.tumbuk keledek hingga hancur,kemudian masukkan tepung bersama marjerin
3.uli hingga menjadi doh yang lembut
4.panaskan minyak terlebih dahulu
5.ambil sedikit adunan,kemudian bulatkan serta lubangkan ditengah-tengah dan di goreng hingga masak.
6.masukkan gula dan sedikit air dalam kuali, kemudian masak hingga gula cair dan pekat,kecilkan api.
7.masukkan kuih yang telah siap kedalam gula dan digaul rata hingga gula kering(beku berketul- ketul keputihan).

apam kukus


Apam kukus
Bahan2;
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 ¼ cawan air
½ cawan gula
1 sudu besar yis
1 sudu teh marjerin
Secubit garam
1 cawan kelapa parut(putih)

Cara membuatnya;
1.masukkan tepung beras,tepung gandum,gula, air ,yis dan majerin dalam bekas.
2.godak @ kacau hingga sebati, kemudian biarkan semalaman @ selama 4-5 jam(kembang)
3.setelah kembang, masukkan dalam acuan yang anda suka,kemudian di kukus selama 10 minit hingga masak.
4.keluarkan dari acuan,kemudian gaul dengan kelapa yang telah di gaul dengan secubit garam.
p/s;untuk mendapatkan hasil yang lebih baik , kacau adunanya terlebih dahulu sebelum di kukus.

kuih sagu


Sagu kelapa
Bahan2;
2 cawan biji sagu
1 cawan air
½ cawan gula
Sedikit pewarna merah
Kelapa parut putih(gaul dengan garam)
Secubit garam
Cara membuatnya;
1.masukkan sagu, gula dan air dalam periuk,masak dengan api kecil, sambil di kacau rata hingga kering airnya
2.masukkan dalam acuan @ loyang lalu di kukus hingga masak(biji putih tidak kelihatan)
3.sejukkan, kemudian di gaul dengan kelapa parut yang telah di gaul dengan gara

popia gulung


POPIA SARDIN

bahan;

kulit popia saiz besar
1 biji telur (pukul sikit)
1 tin kecil sardin (hancurkan)
1 cawan kobis (dimayang halus)
1 labu bawang besar (cincang)
1 biji cili merah (cincang)
Secubit garam
minyak untuk menggoreng
boleh lebihkan sayur kobis @ tambah lobak merah(mayang halus)

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar sehingga kekuningan @ naik bau .
2. Masukkan sardin dan sayur kobis serta secubit garam. (cukup rasa)
3. Kacau sebati,masak sehingga sayur kelihatan layu.
4. Angkat dan toskan seketika agar tidak terlalu berminyak.
5. Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan gulungkan.
6. Ulang langkah 5 sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan cili sos.

kentang putar


Kentang putar
Bahan-bahan;
• 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
• 1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus kentang dengan sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4. Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos kentang putar;
Bahan-bahan;
• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (brand Maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat
• garam

Cara-cara:
1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut kepekatan mana yg disukai.
p/s: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.

apam indon



Apam Indon
resipi ni.. mmg lembut dan sedap.. tak caya cuba le.. satu adunan boleh dpt sebiji kek saiz 8inci & 20biji cupcake.orang kelantan panggil kuih ambon

Bahan-bahan;
• 5 iji telur
• 1 sudu kecil ovalette
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 300 gm tepung gandum
• 300 gm gula halus
• 250 ml susu segar @ santan (saya pakai susu segar je)
• 1/2 sudu kecil baking powder
• sedikit garam
• pewarna
Cara-cara;
1. Sediakan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder.
3. Campurkan garam ke dalam susu.
4. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
5. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
6. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
7. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
8. Sapukan loyang dg sedikit marjerin.kemudian taburkan sedikit tpg. (cara ni saya guna utk elak adunan dari melekat bila masak nanti)
9. Masukkan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
10. Ulangi langkah (9) dgn adunan kedua.
11. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.

kuih apam mekar

APAM MEKAR

Bahan;
250 gm gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu teh ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara-cara;
1. Panaskan air dalam periuk pengukus hingga mendidih
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan

kuih talam kacang hijau

KUEH TALAM KACANG HIJAU

Bahan-bahan;

Lapisan bawah – (kacang hijau )
1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
Pewarna hijau

Lapisan Atas – (santan)
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 s/k garam sikit





Cara ;
Lapisan bawah;
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang hijau yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuslah selama 30minit @ sehingga masak

Lapisan atas;
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Kacau adunan diatas api yg perlahan terlebih dulu hingga adunan agak pekat.
2.Hendaklah sentiasa dikacau supaya adunan ni tidak berketul-ketul.
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi.
4. Kukus lagi selama 25 minit.
5. Sejukkan dulu sebelum potong dan hidangkan.

bahulu gulung


Bahulu Gulung Coklat Mini

Bahan-bahannya:
2biji telur
50gm gula halus
10gm tepung jagung
15gm serbuk coklat
25gm tepung gandum
½ sudu teh ovellete
25gm mentega (cairkan)
½ sudu teh esen vanilla
Jem strawberry secukupnya.

Caranya:
1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko kemudian diayak
2.pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang.(pastikan betul2 kembang)
3.Masukkan bahan2 yang diayak tadi gaul perlahan hingga tepung hilang dari
pandangan@ sebati.
4. masukkan mentega yang telah dicairkan.Gaul sebati.
5.Tuang dalam loyang ukuran 22cm yang telah dilapik kertas dan di sapu minyak, (adunan lebih
kurang setinggi 2cm).
6.Bakar dalm oven selama 10 minit suhu 180Âșc.
7.Angkat dan balikkan ke atas kertas roti yang telah ditabur gula halus atau serbuk koko.
8.Sapukan jem ¾ adunan lalu digulung kemas dan wrape dengan cling film.Boleh dipotong dan dihidangkan bila sudah sejuk.

seri muka


Kuih Seri Muka
Bahan-bahan; ( size loyang 22cm / 3'' )
• lapisan bawah:-
• 500gm beras pulut
• 400ml santan cair
• 1 st garam
• 2 sm minyak
• lapisan atas:-
• 120gm tepung gandum
• 3sudu makan tepung jagung
• 140gm gula
• 3 biji telur
• 450ml santan pekat
• 1/2sudu teh garam
• 300ml air
• 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan @ 1 sudu teh sirap pandan
Cara-cara;
lapisan bawah:-
1. panaskan kukusan terlebih dahulu sehingg air mendidih.
2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30 minit hingga masak.
6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
lapisan atas:-
7. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
8. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam dan air pandan lalu dikacau sebati...
9. masukkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi dan kacau lagi agar tidak berketul-ketul kemudian ditapis dan masukkan dalam loyang pulut tadi.
10. Sekali lagi dikukus dengan api yang sederhana selama 45 minit atau 1jam....sampai masak.
P/s;.kuih ini hendak disejukkan terlebih dulu (betul2 sejuk) barulah mudah dipotong dan kelihatan cantik bila dihidangkan...

Saturday, August 7, 2010

apam marmar


apam marmar
Bahan-bahan;
• 250 g tepung naik sendiri
• 200 ml santan
• 200 g gula halus
• 2 biji telur Gred A
• 1 camca teh esen vanila
• 1 camca makan ovallate
• Secubit garam
• Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2)
Cara-cara;
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
2. Pukul dgn speed perlahan sehingga sebati. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat.
3. Bahagi kepada 3 bahagian. warnakan hijau dan satu lagi warna merah.
4. Dalam tin(berukuran 10 in) yg telah disapu dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.
5. Gunakan sudu garpu, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

kuih pelita




kuih pelita


Bahan;

Lapisan Bawah;
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan air(jangan terlalu penuh)
pewarna hijau@air perahan daun pandan

Lapisan atas;
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan pekat
Secubit garam

cara-cara;

lapisan bawah;
1.bancuh semua bahan hingga rata dan masakkan atas api/dapur.
2.Tuangkan dalam bekas acuan daun pandan atau bekas plastik kecil.
3.biarkan seketika.

lapisan atas;
1.Kacau semua bahan hingga rata dan masak atas api yang perlahan sehingga pekat. Tuangkan atas adunan hijau tadi.
2.biarkan sejuk seketika.

Thursday, June 24, 2010

kuih karipap kentang

kuih karipap

Bahan2;
pastri,
300g tepung gandum
100g marjerin
½ sudu teh garam
1 sudu besar gula
Sedikit air suam
inti,
1kg kentang(potong dadu)
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ ulas bawang hollan
½ inci halia
2 sudu besar serbuk kari
¾ cawan gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh ajinomoto
minyak masak untuk menumis dan menggoreng.

Cara membuatnya;
Inti;
1.blender semua bawang dan halia, kemudian di tumis hingga naik bau dan masukkan serbuk kari, 2.masukkan kentang , air, gula, garam ,ajino masak hingga kering
.Pastri;
1.gaulkan tepung dengan marjren hingga menjadi serbuk roti.
2.masukkan air yang sudah di bancuh dengan garam dan gula sedikit demi sedikit.
3.gaul rata hingga menjadi doh
4.ambil sedikit dan di gelek hingga nipis
5.letak di atas acuan karipap dan masukkan inti kemudian tekap .
6.goreng hingga kekuningan dengan api yang sederhana.

dadar gulung @ ketayap

kuih dadar@ ketayap


Bahan2;
A
2 cawan tepung gandum
2 ¼ cawan air
1 biji telur
1 sudu teh marjerin
2 sudu besar gula
½ sudu teh garam
1 sudu besar perisa pandan
1 sudu besar pewarna hijau(cecair)
Sedikit minyak

Inti ;
1 biji kelapa
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
¾ cawan air
2 sudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan


Cara membuatnya;
Inti;
1.masukkan gula merah,gula pasir,daun pandan dan air dalam kuali, masak hingga bahan cair
2.masukkan kelapa, kacau rata, kemudian masukkan gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air kacau hingga kering.

Pastri;
1.blender semua bahan A
2.panaskan kuali dengan api yang kecil, sapukan dengan sedikit minyak pada seluruh permukaan,
3.ambil sesudip bahan A, masukkan dalam kuali dan leperkan, biarkan seketika hingga masak
4.angkat dan letakkan inti di hujung ,lalu dilipat dan di gulung

kuih bijan @ bom

kuih bijan


Bahan2;
inti;
1 biji Kelapa parut
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
¾ cawan air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)

pastri;
1 cawan tepung gandum
1 ¾ cawan tepung pulut
½ sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 cawan air
Bijan
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya;
Inti;
1.masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan air dalam kuali, masakkan hingga bahan cair
2.masukkan kelapa, kacau rata,kemudian masukkan gandum yang sudah di bancuh dengan air dan kacau hingga kering.
Pastri;
1.masukkan semua bahan dalam mangkuk,kemudian gaul sebati hingga menjadi doh
2.ambil sedikit, leperkan dan letakkan inti di tengah-tengah, tutup dan bentuk menjadi bulat
3.golek di atas bijan hingga menutupi seluruh permukaan, biarkan seketika @ selama ½ jam
4. goreng dengan api yang sederhana hingga kekuningan. Angkat sejukkan

Thursday, June 10, 2010

kuih-muih


kuih-muih

Akok
Bahan;
10 biji telur
1 cawan santan
1sudip tepung gandum
¾ cawan gula merah@gula pasir
½ sudu teh garam

Cara;
1.cacau semua bahan hingga sebati,kemudian tapis
2.panaskan acuan akok@acuan kuih cara,dengan api yang kecil.
3.sapukan sedikit minyak,kemudian tuangkan adunan
4.bakar dan tutup atas dengan tutup periuk.